Monday, August 24, 2009

Majlis Bacaan Yaasin Dan Solat Hajat

Tahniah dan syabas buat crew Dup 3 yang mana telah bertungkus lumus menjayakan Majlis Bacaan Yaasin Dan Solat Hajat dengan jayanya pada Khamis lalu. Sungguhpun majlis ini tidak diadakan secara besar-besaran, namun hasilnya memadai dan memuaskan. Majlis ini bermula dari 6.30 petang dan tamat pada pukul 10.00 malam. Ianya dimulai dengan tazkirah daripada ustaz jemputan iaitu Ustaz Firdaus, seterusnya solat Maghrib, bacaan yaasin, solat hajat, dan solat Isyak. Selepas solat para jemputan dihidangkan dengan jamuan ringan sebelum pulang..
Walau berpenat lelah dalam menjayakan majlis ini, kami tidak berkira sedikit pun dan sangat bbersyukur dengan hasil yang kami peroleh. Sekali lagi, syabas dan terima kasih buat semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan majlis ini. Tahniah DUP 3!! Teruskan usaha anda~~

Tuesday, August 18, 2009

Khas Buat Crew Tourismituseronok

salam,skrip untuk majlis bacaan yasin telah sy sediakan beserta jadual tugasan. sila dapatkan maklumat dari sy. sekian , terima kasih. dan good luck untuk first event kita.

:)

nina-pp

Wednesday, August 12, 2009

MAJLIS BACAAN YASIN JH 2009

Majlis Bacaan Yasin Jabatan Hospitaliti ini menjemput warga JH, Politeknik Merlimau Melaka untuk merai kedatangan Ramadhan.

tarikh:20 Ogos 2009(Khamis)
tempat:Restoran Kristal
jam:6.30pm
anjuran:DUP3
undangan khas:uztaz Firdaus bin Mohd Ramlee(JPA)

aktiviti:
1.bacaan yasin
2.solat berjemaah
3.tazkirah

~JAMUAN DISEDIAKAN!!~