Tuesday, July 28, 2009

Virus H1N1 shocking politeknik merlimau, melaka

meeting yang sepatutnya diadakan sepanjang minggu 28 julai telah dibatalkan disebabkan kes H1N1. diharapkan crew tourismituseronok telah mendapat tahu tentang hal ini. anda diminta kembali ke kampus untuk pendaftaran pada 3 ogos seperti biasa. Meeting seterusnya akan dimaklumkan. Take care of yourself...

p/s- jangan lupa tugasan pencarian maklumat pelancongan.

nina-pp

Monday, July 20, 2009

assalammualaikum!!!:)



hi semua pengunjung blog, diharapkan semua nya sihat dan menikmati hari indah. pesanan ini ditujukan untuk crew , sila hadirkan diri untuk meeting pertama sem baru ini pada 28 julai 09, selasa. bertempat di jabatan hospitaliti, politeknik merlimau melaka. pukul 10am. pastikan anda dapat menghadirkan diri pada meeting berkenaan dan kehadiran adalah diwajibkan. jika anda tidak dapat menghadirinya, sila inform saya dengan lebih awal.


untuk pengetahuan juga, kuliah bermula pada 3 ogos 09.

dari,
nina-PP


Saturday, July 4, 2009

tolong komen.


quiex-quiz and exhibition
tourismituseronok-crew mice
pelancongan perintis minda generasi baru-tema program
ilusi manusia-penglibatan orang ramai


apa pendapat anda tentang pre-logo ini?

Friday, July 3, 2009

DUP 3 kehilangan 2 ahli.......

Pada semester hadapan, kami akan kehilangan seorang ahli iaitu saudari Khairul Naimah dan Vijay A/L Chemenlal yang mana merupakan ketua bahagian Biro Promosi dan ketua Biro 3K dalam program MICE ini..Kami difahamkan bahawa beliau mendapat tawaran maktab dan kolej. oleh yang sedemikian tidak dapat meneruskan perjuangan bersama-sama kami lagi di politeknik ini. kami doakan anda berjaya di sana.. perjuangan anda dalam menjayakan program MICE ini akan kami sambung sebaik-baiknya..

Tuesday, June 30, 2009

Perhatian untuk pelajar dup3 julai 09.

salam semua.. perhatian kepada setiap pelajar DUP 3 sesi Julai 2009.
mesyuarat program akan diadakan pada
28 Julai 2009 ini.
sila ambil berat tentang tarikh ini.
sehubungan dengan itu, para pelajar diharapkan dapat menghadirkan diri masing-masing.
seperti yang kita tahu.
"APA YANG PENTING??
K.E.R.J.A.S.A.M.A...!!!"
oleh itu,
kepada mereka yang tinggal di luar Melaka.
anda diminta untuk pulang ke Melaka sebelum 28 Julai 2009 ini.

sekian.
kerjasama kalian dihargai. :)

Tuesday, June 16, 2009

pesanan dari : pengarah projek

Kepada semua pelajar-pelajar DUP3 july 09. Tahniah atas keputusan jan 09 yang baru sahaja diumumkan.

Saya difahamkan, anda semua telah menerima paper work yang telah dipos oleh pensyarah H3026, EN.ISMAIL BIN MOHAMAD. Segala yang terkandung di dalam kertas kerja itu merupakan perkara-perkara yang akan kita laksanakan. Diharapkan anda semua membaca dan memahami dengan teliti kandungan tersebut. untuk memohon tajaan dari mana-mana kakitangan berkenaan, anda dinasihatkan membuat salinan paperwork untuk rujukan bakal penaja.
Anda diminta untuk kembali ke Merlimau, Melaka seminggu sebelum sem baru bermula. Kita akan mengadakan perbincangan bersama-sama en.Ismail. ini melibatkan dua program sampingan kita iaitu Pertandingan Bowling Tertutup PMM dan Battle Of The Band(BTB) PMM. sila bagi kerjasama dan komitmen yang tinggi.
Bermula dengan era baru, bergelar pelajar diploma pengurusan pelancongan semester 3. Diharapkan anda semua telah bersedia menempuh cabran semester baru ini. Kita adalah pasukan.

Apa yg penting K.E.R.J.A.S.A.M.A =D

BIRO TUGAS-TUGAS KHAS Siapkan logo dan submit a.s.a.p
BIRO PROMOSI Siapkan flyers.
BIRO PERTANDINGAN & KESENIAN Dapatkan 66 alamat sekolah yang terlibat(lengkap)
SEMUA PELAJAR DUP3 Hebahan.

Kemusykilan, hubungi saya segera.
ninaviery_89@yahoo.com

Monday, June 15, 2009

sponsor.


syukur alhamdulillah.. kertas kerja, surat sponsor dan surat-surat lain yang diperlukan kami semua pelajar dup3 julai 09 sudah selamat sampai ke tangan kami semua.. bermula kini pencarian tajaan untuk menyokong dan membantu kami dari segi sumber kewangan dan sebagainya.. sebarang pertanyaan mengenai tajaan dan berminat untuk memberi tajaan boleh emelkan kepada kami di tourismituseronok@yahoo.com

sokong kami.