Tahniah dan syabas buat crew Dup 3 yang mana telah bertungkus lumus menjayakan Majlis Bacaan Yaasin Dan Solat Hajat dengan jayanya pada Khamis lalu. Sungguhpun majlis ini tidak diadakan secara besar-besaran, namun hasilnya memadai dan memuaskan. Majlis ini bermula dari 6.30 petang dan tamat pada pukul 10.00 malam. Ianya dimulai dengan tazkirah daripada ustaz jemputan iaitu Ustaz Firdaus, seterusnya solat Maghrib, bacaan yaasin, solat hajat, dan solat Isyak. Selepas solat para jemputan dihidangkan dengan jamuan ringan sebelum pulang..
Walau berpenat lelah dalam menjayakan majlis ini, kami tidak berkira sedikit pun dan sangat bbersyukur dengan hasil yang kami peroleh. Sekali lagi, syabas dan terima kasih buat semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan majlis ini. Tahniah DUP 3!! Teruskan usaha anda~~
Monday, August 24, 2009
Tuesday, August 18, 2009
Khas Buat Crew Tourismituseronok
salam,skrip untuk majlis bacaan yasin telah sy sediakan beserta jadual tugasan. sila dapatkan maklumat dari sy. sekian , terima kasih. dan good luck untuk first event kita.
:)
nina-pp
:)
nina-pp
Wednesday, August 12, 2009
MAJLIS BACAAN YASIN JH 2009
Majlis Bacaan Yasin Jabatan Hospitaliti ini menjemput warga JH, Politeknik Merlimau Melaka untuk merai kedatangan Ramadhan.
aktiviti:
1.bacaan yasin
2.solat berjemaah
3.tazkirah
~JAMUAN DISEDIAKAN!!~
tarikh:20 Ogos 2009(Khamis)
tempat:Restoran Kristal
jam:6.30pm
anjuran:DUP3
undangan khas:uztaz Firdaus bin Mohd Ramlee(JPA)
tempat:Restoran Kristal
jam:6.30pm
anjuran:DUP3
undangan khas:uztaz Firdaus bin Mohd Ramlee(JPA)
aktiviti:
1.bacaan yasin
2.solat berjemaah
3.tazkirah
~JAMUAN DISEDIAKAN!!~
Tuesday, July 28, 2009
Virus H1N1 shocking politeknik merlimau, melaka
meeting yang sepatutnya diadakan sepanjang minggu 28 julai telah dibatalkan disebabkan kes H1N1. diharapkan crew tourismituseronok telah mendapat tahu tentang hal ini. anda diminta kembali ke kampus untuk pendaftaran pada 3 ogos seperti biasa. Meeting seterusnya akan dimaklumkan. Take care of yourself...p/s- jangan lupa tugasan pencarian maklumat pelancongan.
nina-pp
Monday, July 20, 2009
assalammualaikum!!!:)

hi semua pengunjung blog, diharapkan semua nya sihat dan menikmati hari indah. pesanan ini ditujukan untuk crew , sila hadirkan diri untuk meeting pertama sem baru ini pada 28 julai 09, selasa. bertempat di jabatan hospitaliti, politeknik merlimau melaka. pukul 10am. pastikan anda dapat menghadirkan diri pada meeting berkenaan dan kehadiran adalah diwajibkan. jika anda tidak dapat menghadirinya, sila inform saya dengan lebih awal.
untuk pengetahuan juga, kuliah bermula pada 3 ogos 09.
dari,
nina-PP
Saturday, July 4, 2009
tolong komen.
Friday, July 3, 2009
DUP 3 kehilangan 2 ahli.......
Pada semester hadapan, kami akan kehilangan seorang ahli iaitu saudari Khairul Naimah dan Vijay A/L Chemenlal yang mana merupakan ketua bahagian Biro Promosi dan ketua Biro 3K dalam program MICE ini..Kami difahamkan bahawa beliau mendapat tawaran maktab dan kolej. oleh yang sedemikian tidak dapat meneruskan perjuangan bersama-sama kami lagi di politeknik ini. kami doakan anda berjaya di sana.. perjuangan anda dalam menjayakan program MICE ini akan kami sambung sebaik-baiknya..
Subscribe to:
Posts (Atom)





